Gerakan tanding 36 kerusi 4 negeri

Gerakan tanding 36 kerusi 4 negeri

Gerakan akan bertanding 19 kerusi di Pulau Pinang, lapan (Selangor), enam (Negeri Sembilan) dan tiga di Kedah.

Presiden Dominic Lau berkata Gerakan memutuskan kekal bertanding di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah.
KUALA LUMPUR:
Gerakan akan bertanding 36 kerusi pada PRN 12 Ogos ini, membabitkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan.

Presiden Dominic Lau berkata Gerakan akan bertanding 19 kerusi di Pulau Pinang, lapan di Selangor, enam di Negeri Sembilan, dan tiga di Kedah.

“Saya sudah umum kekal bertanding di Pulau Pinang, mati pun nak di Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di Menara PGRM.

Beliau juga mengesahkan akan bertanding di salah satu DUN di Seberang Perai.

Sementara itu, Lau mengumumkan akan mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan parti akan datang.

Dominic mengambil alih jawatan itu pada November 2018 daripada Mah Siew Keong.

Setakat ini, Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Lau Hoi Keong; Pengerusi Gerakan Melaka Michael Gan, dan bekas setiausaha agung Liang Teck Meng mengumumkan akan bertanding jawatan presiden.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.