PRN: Amanah Terengganu mahu tanding 3 kerusi

PRN: Amanah Terengganu mahu tanding 3 kerusi

Amanah juga berhasrat bertanding di DUN Bandar untuk membantu BN menang PRK Kuala Terengganu.

Muzahar Hitam berkata beberapa kerusi lain hendak ditandingi Amanah masih dalam perbincangan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Amanah Terengganu berhasrat bertanding di tiga DUN pada PRN termasuk Ru Rendang yang disandang oleh Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar,

Setiausahanya Muzahar Hitam berkata mereka juga mahu mewakili gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Batu Burok dan Tepoh, kedua-duanya diwakili PAS.

Menurutnya, perkara itu diputuskan Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Amanah Nasional dan Amanah Terengganu, semalam.

“Amanah Terengganu juga bersedia dan sedang berusaha bertanding di DUN Bandar bagi membantu BN-Umno memenangi PRK Kuala Terengganu.

“Beberapa kerusi DUN yang lain masih dalam perbincangan akhir antara pimpinan utama parti,” katanya dalam kenyataan.

PRN pada 12 Ogos depan akan diadakan serentak di Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Turut diadakan PRK Kuala Terengganu susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, 27 Jun lalu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad dari PAS pada PRU15.

Hakim Mohd Firuz Jaffril dilaporkan berkata pihak pempetisyen, iaitu calon BN Mohd Zubir Embong, berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.