AS sokong pemusatan Asean

AS sokong pemusatan Asean

Walaupun Presiden Amerika Syarikat Joe Biden tidak hadir sidang kemuncak itu namun pentadbirannya komited menyokong inisiatif itu.

Naib Presiden AS Kamala Harris yang menghadiri Sidang Kemuncak Asean akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Asean-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur, di Jakarta. (Gambar AP)
JAKARTA:
Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Asean, Yohannes Abraham telah menekankan komitmen kerajaan AS terhadap pemusatan Asean.

Pemusatan Asean adalah teras strategi presiden AS untuk Indo-Pasifik, kata diplomat itu dalam wawancara baru-baru ini dengan Agensi Berita Indonesia Antara, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).

Abraham membuat kenyataan itu menjawab soalan mengenai ketidakhadiran Presiden AS Joe Biden pada Sidang Kemuncak Asean ke-43 yang dijadualkan bermula 5 hingga 7 Sept di Jakarta.

Walaupun Biden tidak hadir pada sidang kemuncak itu, beliau menegaskan kerajaan AS kekal komited menyokong pemusatan Asean.

Ini dibuktikan daripada sidang kemuncak khas yang diadakan oleh presiden di Washington DC dan lawatannya ke Kemboja dan Indonesia tahun lalu, tambahnya.

Naib Presiden Kamala Harris yang menghadiri Sidang Kemuncak Asean, akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Asean-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur untuk berinteraksi dengan pemimpin dari Indo-Pasifik.

Ini adalah lawatan ketiga beliau ke rantau ini dan Indonesia akan menjadi negara anggota Asean kelima yang beliau lawati.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.