
Peter tiba di pejabat SPRM pada 10.25 pagi ditemani peguamnya Martin Tommy.
Rabu lepas, SPRM mengeluarkan notis 48 jam kepada Peter dan seorang peguam Michael Persius Ubu untuk menyerah diri di Pejabat SPRM Sabah bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Bagaimanapun, belum diketahui sama ada Michael tampil memberi keterangan atau tidak.
Sementara itu, beberapa pegawai SPRM membawa Peter ke rumahnya di Lintas bagi mendapatkan dokumen berkaitan siasatan itu.
Peter dilihat beredar keluar dari pejabat SPRM dengan tangannya digari sambil diiringi beberapa pegawai agensi itu kira-kira 1.20 petang tadi.
Beliau kemudian dibawa masuk ke dalam kereta Perodua Alza yang menunggu di perkarangan bangunan SPRM untuk dibawa ke rumahnya.