Kedudukan Ismee Ismail di TH jadi tanda tanya

Kedudukan Ismee Ismail di TH jadi tanda tanya

Beliau dikatakan akan meninggalkan TH dan menyertai Sime Darby.

Esmee-Ismail_tabung-haji_Sime-Darby_600

PETALING JAYA:
Kedudukan Tan Sri Ismee Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) masih menjadi tanda tanya selepas beliau dilaporkan akan mengosongkan jawatan itu.

Media semalam melaporkan Ismee, yang memegang jawatan itu sejak 2006, dikatakan akan menyertai satu lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Sime Darby Berhad.

Akhbar perniagaan The Malaysian Reserve melaporkan, pihak pengurusan Tabung Haji setakat ini tidak dapat mengesahkan laporan Esmee akan meninggalkan agensi pelaburan yang menguruskan jemaah haji Malaysia itu.

Terdapat dua kekosongan dalam syarikat yang kerajaan iaitu jawatan Ketua Pegawai Operasi di Sime Darby selepas Tan Sri Dr Abd Wahab Maskan meletak jawatan awal tahun ini, dan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB) apabila Christoph Mueller mengumumkan meletak jawatan September ini atas alasan peribadi.

Esmee memegang jawatan pengarah dalam beberapa syarikat awam dan swasta antaranya Bank Islam Malaysia, Johor Corp, Syarikat Takaful Malaysia Berhad, KFC Holdings Bhd selain Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.

Akhbar itu melaporkan, Esmee menjadi tumpuan baru-baru ini apabila Tabung Haji didakwa tidak mempunyai aliran tunai mencukupi untuk membayar dividen kepada pendeposit kerana agensi pelaburan itu dikatakan menanggung kerugian.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sekiranya benar Ismee akan meninggalkan Tabung Haji, CEO yang baharu hendaklah disenaraipendek dan dipilih dari luar supaya beliau boleh bertindak secara objektif menilai segala masalah yang ada
Katanya, calon CEO baru itu hendaklah melalui proses saringan yang dikendalikan oleh satu jawatankuasa khas Parlimen yang bertanggungjawab membuat pendengaran terbuka (“confirmation hearing”) bagi memastikan beliau benar-benar sesuai

“CEO baru melakukan audit khas mengenai kedudukan kewangan dan operasi kumpulan Tabung Haji sebaik dilantik dan dibentangkan sebagai kertas putih di Parlimen sebelum akhir tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.