Shafie batal larangan ahli politik, aktivis ke Sabah

Shafie batal larangan ahli politik, aktivis ke Sabah

Ketua menteri Sabah yang baru itu memulakan tugasnya dengan menghadiri satu taklimat keselamatan dan akan menemui semua ketua jabatan.

Free Malaysia Today
Shafie membuat satu senarai tugas utama di pejabatnya di bangunan pentadbiran negeri di Kota Kinabalu, hari ini.
KOTA KINABALU:
Arahan pertama Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ketua menteri Sabah yang baru ialah membatalkan sekatan ke atas kebanyakan ahli politik dan aktivis dari Semenanjung ke Sabah.

Bercakap kepada wartawan selepas memasuki pejabatnya di bangunan pentadbiran negeri hari ini, Shafie berkata, pemimpin itu termasuk Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar serta aktivis, Datuk S Ambiga dan Maria Chin Abdullah.

Mereka dilarang memasuki Sabah atas alasan politik oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu.

Presiden Parti Warisan Sabah itu berkata, beliau akan menemui semua ketua jabatan kerajaan untuk menjelaskan hala tuju baru kerajaan negeri pimpinannya.

Free Malaysia Today
Shafie (baju putih) tiba di bangunan pentadbiran negeri untuk memulakan tugas pada hari pertama sebagai ketua menteri Sabah.

Beliau sudah menemui ketua polis Sabah dan dimaklumkan mengenai keadaan keselamatan di negeri itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.