
“Saya sebagai rakyat biasa akan memantau semua wakil rakyat supaya budaya mengugut untuk dapatkan habuan, pangkat, harta dan kuasa perlu ditolak,” katanya di majlis berbuka puasa di Masjid Nurul Hidayah di Kampung Pandan Dalam hari ini.
Beliau tidak menamakan mana-mana individu dalam ucapannya itu.
Anwar, yang dibebaskan dari penjara sejurus kemenangan Pakatan Harapan pada 9 Mei lepas, merupakan pilihan asal Pakatan Harapan untuk jawatan perdana menteri namun Tun Dr Mahathir Mohamad memastikan kemenangan gabungan itu. Mengikut perancangan mereka, Anwar akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri selepas beberapa tahun mentadbir negara.
Dalam masa yang sama, beliau mengajak rakyat memantau pemimpin-pemimpin PH, termasuk isterinya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, agar mereka tidak bermewah-mewahan selepas mendapat kuasa.
“Saya sama sekali tidak boleh menerima wakil rakyat yang bermewah-mewah hanya selepas 3 bulan menjadi wakil rakyat.
“Ini tugas kita sekarang, bukan cerca tetapi tegur dengan kasih,” katanya.
Sementara itu, Wan Azizah berkata PH memerlukan sokongan rakyat dalam mengubah dan mebangunkan negara, seperti sebuah pasukan bola sepak.
“Marilah kita mengisi kemenangan atau peralihan ini dengan mendapat keredhaan Allah. Rakyat dan kerajaan bersama sebagai satu kumpulan,” katanya.