
Lai Chai Shuang, 49, dan Chai Ling Mooi, 48, didakwa berbuat demikian menggunakan 3 akaun berbeza MonSpace.
Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu secara bersama di cawangan Public Bank Berhad, Malayan Banking Berhad dan RHB Bank Berhad di bandar ini pada 6 Jun 2016 hingga 24 Julai 2018.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan/atau denda maksimum RM5 juta, jika sabit kesalahan.
Hakim Zamri Bakar menetapkan ikat jamin RM100,000 untuk setiap seorang yang kemudiannya dibayar mereka dan menetapkan 6 September ini untuk sebutan semula kes itu.
Mei lalu, Lai bersama Chai dan Wong Tat Foong yang merupakan pengarah Monspacemall Sdn Bhd, didakwa menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen.