463 kawasan terjejas air di Selangor kini pulih 66%

463 kawasan terjejas air di Selangor kini pulih 66%

Air Selangor menyarankan pengguna yang sudah mendapat bekalan membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori tangki.
PETALING JAYA:
Bekalan air di 463 kawasan di lima daerah di Selangor yang terjejas berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang terpaksa dihentikan semalam akibat pencemaran bau kini pulih 66% setakat 7 malam.

Bekalan air di kawasan Hulu Langat kini pulih 90.7%. diikuti Putrajaya (82.6%), Sepang (81.4%), Kula Langat (75%) dan Petaling (37.2%).

Air Selangor dalam kenyataan berkata, pengguna yang sudah mendapat bekalan air disaran membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

“Air Selangor berharap agar pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan,” katanya di Facebook.

Katanya, bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air terus digerakkan kepada pengguna dan premis kritikal di kawasan terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori tangki.

“Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.