4 kematian akibat Covid-19 di Sabah hari ini, kata Masidi

4 kematian akibat Covid-19 di Sabah hari ini, kata Masidi

Dua kematian berlaku di Tuaran, manakala Kota Marudu dan Sipitang masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, empat kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan di Sabah, hari ini.
KOTA KINABALU:
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, empat kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan di Sabah, hari ini.

Katanya, dua kematian berlaku di Tuaran, manakala Kota Marudu dan Sipitang masing-masing mencatatkan satu kes.

“Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam kerana ada kes yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, 294 lagi kes baharu dicatatkan di negeri itu, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 235,146 kes.

Katanya, jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj dari hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah seramai 380 orang menjadikan jumlah kumulatif kini 225,164 orang.

“Sementara itu, 1,275 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 588 orang di hospital, 662 orang di Pusat Kuarantin dan PKRC awam, 23 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara dan dua orang di fasiliti swasta.

“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 62 orang merangkumi 58 di ICU (unit rawatan rapi) serta empat di wad terbuka dengan 24 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Jumlah pesakit kategori 4 dan 5 yang masih belum lengkap vaksin ialah 43 orang atau 26.54%,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.