Harga RON95, RON97, diesel kekal

Harga RON95, RON97, diesel kekal

Harga itu kekal berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 6 Julai.

PETALING JAYA:
Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05, RM4.84 dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, harga itu kekal berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 6 Julai depan.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan seperti yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurutnya dalam kenyataan, hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.