
Agensi Meteorologi Jepun menurunkan amaran khas hujan lebat, yang dikeluarkan semalam di bahagian utara pulau itu, kepada amaran dan nasihat tahap rendah, tetapi penduduk digesa terus berjaga-jaga dengan kejadian tanah runtuh.
Jepun negara terbaharu dilanda hujan lebat luar biasa sejak kebelakangan ini yang menimbulkan kebimbangan dunia terhadap kadar perubahan iklim.
“Pihak berkuasa tempatan masih memeriksa jumlah mangsa terbabit, tetapi kami dimaklumkan terdapat tiga kematian, manakala tiga lagi kematian berpotensi dikaitkan dengan bencana itu, tiga yang lain hilang dan dua cedera ringan,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno dalam sidang media.
Hujan lebat itu memaksa pengeluar tayar Bridgestone menggantung operasi di empat kilang di Kyushu semalam, tetapi operasi disambung semula pagi ini, menurut jurucakap syarikat itu.