TPPA: Kos tarik diri boleh memufliskan kita – Tun M

TPPA: Kos tarik diri boleh memufliskan kita – Tun M

Rakyat perlu ingat bahawa apabila negara tidak memeterai sebarang perjanjian seperti TPPA, Malaysia menjadi negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia

mahathir

KUALA LUMPUR:
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau boleh melemparkan banyak perkara-perkara yang tidak baik mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.

“Tetapi Kerajaan sudah tentu tidak akan mengambil berat.

“Kerajaan akan melakukan apa saja yang ia mahu lakukan. Jangan soal mengapa. Anda tahu apa jawapan yang anda akan dapat apabila anda bertanya kepada Kerajaan sebarang soalan.”

Bahkan, kerajaan tidak kisah apa jua tentangan yang disuarakan oleh sesiapa sahaja di Malaysia atau di luar negara terhadap menandatangani TPPA.

“Ia akan terus menandatanganinya.”

Mahathir menarik perhatian pembaca kepada cubaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamad menyakinkan rakyat bahawa Malaysia boleh keluar daripada perjanjian itu pada bila-bila masa.

“Ya, memang kita boleh.

“Tetapi ianya tidak akan menjadi semudah itu dan kosnya boleh mufliskan kita.”

Oleh itu, tambah Mahathir, tidaklah perlu bercakap tentang melepaskan diri daripada perjanjian bagi mengawal perdagangan dan pelaburan ini, yang dipanggil TPPA itu.

“Ianya bukan untuk menggalakkan perdagangan bebas. Ia adalah khusus untuk mengawal selia perdagangan sepenuhnya.”

Berlatarkan keadaan seperti itu, bekas Perdana Menteri ini meminta rakyat supaya membandingkan ia dengan keadaan apabila Malaysia tidak memeterai sebarang perjanjian seperti TPPA, dan menjadi negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia.

“Kita bebas untuk melindungi diri kita sendiri dan merangka dasar yang memberi manfaat kepada kita semua rakyat Malaysia. Kita tumbuh dengan pesat pada masa itu. Kita berniaga dengan sesiapa sahaja yang kita suka.”

Namun dengan TPPA, tegas Mahathir, syarikat boleh menyaman kerajaan kerana kehilangan keuntungan, termasuk keuntungan masa depan, jika tindakan kerajaan mengakibatkan kerugian itu.

Beliau berkongsi kes melibatkan sebuah negara Amerika Latin, yang cuba menghentikan operasi perlombongan sebuah syarikat Amerika Syarikat ekoran pencemaran besar-besaran.

“Syarikat itu kemudian menyaman Kerajaan beberapa bilion Dolar AS kerana kehilangan keuntungan, termasuk keuntungan masa depan.”

Beliau menjelaskan keputusan untuk menarik diri dari TPPA akan menyebabkan kehilangan keuntungan dan keuntungan masa depan syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia atau berdagang dengan Malaysia.

“Penarikan diri ini akan melibatkan banyak syarikat dan jangkaan kerugiannya dikatakan boleh mencecah beratus-ratus bilion.

“Mahkamahnya bukan milik kita di mana kita boleh bergantung untuk simpati dan prihatin terhadap apa yang akan berlaku kepada ekonomi dan kewangan kita.”

Kata Mahathir lagi, tidak ada cara dimana kerajaan boleh memberi tekanan atau merasuah mahkamah, maka: “Kita akan terpaksa membayar berbilion-bilion.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.