Katanya, walaupun beliau Ketua Polis Negara, ujian itu bagi memastikan semua pegawai dan anggota polis sihat tubuh badan dan mengelak menghidap penyakit berbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi.
Tindakan itu diambil bagi memastikan kesihatan di kalangan pegawai dan anggota polis. Kita mendapati ramai anggota dan pegawai mempunyai pelbagai penyakit dan jumlah kematian tinggi disebabkan penyakit kencing manis, darah tingi.
“Mungkin orang boleh cakap pada saya sebab saya pangkat IGP tapi ia terpakai kepada semua,” katanya dalam sidang media di Hotel Hilton di sini, hari ini
Sebelum ini, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata lebih 11,000 pegawai polis dikategorikan gemuk.
Sehubungan itu, pegawia dan anggota polis diwajibkan menjalani ujian BMI dan ujian kesihatan sebagai syarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.
Masalah obesiti dalam kalangan pegawai dan anggota polis mendapat kritikan ramai kerana dilihat menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan mereka menangani masalah jenayah.
