Sultan Johor puji video promo JDT

Sultan Johor puji video promo JDT

Video promo itu juga dikatakan mempromosikan nama Johor di persada dunia

JDT2

PETALING JAYA:
Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar memuji cetusan idea untuk penghasilan video promo pengenalan jersi pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Sultan Ibrahim bertitah, baginda sangat gembira dengan penghasilan video itu kerana ia juga telah mempromosikan negeri Johor di mata dunia.

“Saya amat gembira dengan majlis pelancaran jersi yang telah berlangsung pada 16 Jan lalu.

“Gimik video pelancaran dilihat begitu menarik kerana menampilkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di dalam video pelancaran dan saya berharap agar pada tahun-tahun akan datang, JDT boleh menampilkan tempat-tempat yang menarik sekitar Johor.

“Ini secara tidak langsung akan menaikkan lagi Johor Darul Takzim di mata dunia dan lebih ramai lagi akan mengenali negeri ini,” titahnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah, beliau sendiri akan membeli jersi JDT yang baharu.

“Syabas saya ucapkan kepada JDT dan seluruh penyokong Harimau Selatan. Saya sendiri akan membeli jersi JDT yang baharu,” titahnya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.