Tangani pengganas: Indonesia tidak abai hak asasi manusia

Tangani pengganas: Indonesia tidak abai hak asasi manusia

Rakyat tetap dilindungi dengan undang-undang sedia ada.

petruse
KUALA LUMPUR: Indonesia tidak akan menggadaikan aspek hak asasi dalam merangka undang-undang mencegah keganasan di negara itu, kata wakil Indonesia Petrus Golose.

Pada masa sama ia tetap akan menjaga keselamatan warganya.

“Negara tetap akan melindungi rakyat dengan undang-undang sedia ada dan yang baru akan lebih menumpukan kepada pencegahan sebelum kejadian.

“Sekarang dalam proses formulasi dan (undang-undang baru ini) tetap tidak akan melanggar prinsip hak asasi manusia,” katanya yang juga Pengarah Kerjasama Antarabangsa Badan Penanggulan Terorisme (BNPT).

Petruse ditemui wartawan selepas perasmian Persidangan Antarabangsa tentang Deredikalisasi dan Menentang Ekstremisme di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan wartawan berhubung sama ada Indonesia akan mencontohi undang-undang Malaysia dalam merangka semula undang-undang pencegahan keganasan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas soalan mengenai perbezaan undang-undang antara Malaysia dan Indonesia kerana tidak mahu membuat perbandingan yang berbeza antara dua negara.

“Tentangan yang dihadapi berbeza. Di Indonesia banyak sekali organisasi lokal yang sudah nyata mendukung Daesh dan ada juga yang masih tetap mendukung Al-Qaeda. Misalnya Abu Bakar Bashir, walaupun dalam penjara tetap bersama grupnya.

“Kita sudah dapat membawa sebahagian mereka kemuka pengadilan, maka (undang-undang baru) lebih kepada bagaimana untuk membawa mereka balik ke ajaran Islam,” katanya lagi.

The Star Online hari ini melaporkan amaran IS kepada Malaysia yang giat menangkap ahli-ahlinya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.