AMANAH curiga keberadaan Apandi dalam Lembaga Pengarah TH

AMANAH curiga keberadaan Apandi dalam Lembaga Pengarah TH

Perlantikan Peguam Negara berpotensi menyukarkan keadaan sekiranya TH itu diheret ke mahkamah

Dzulkefly_amanah_600_1
KUALA LUMPUR: Perlantikan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji (TH) mungkin bercanggah atau bertembung dengan peranannnya selaku pendakwaraya sekiranya institusi itu diheret ke mahkamah.

Bahkan, pemberian jawatan dan kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan kepada penjawat awam kanan seperti Apandi Ali hanya menguatkan prasangka orang ramai, terutamanya selepas kontroversi membebaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salahlaku dalam skandal RM2.6 bilion dan SRC International.

“Tidak ada sesiapa yang boleh dipersalahkan jika mereka mempunyai prasangka dan mentafsirkan bahawa lantikan Apandi di Tabung Haji itu sebagai habuan yang sangat lumayan buat kerja yang baru dilunaskan.

“Bukankah ini memungkinkan wujud konflik peranan, Apandi selaku Peguam Negara hanyasanya pendakwa dalam sistem perundangan Malaysia,” soal Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Dzulkefly menekankan persepsi bahawa perlantikan Apandi itu kelihatan dibuat secara tergesa-gesa dan terlalu mendesak. Menurut pemimpin kanan AMANAH itu, tempoh perlantikan Apandi sebagai Peguam Negara hanya berbaki dua bulan lagi.

“Mungkinkah jua beliau disambung berkhidmat?” soalnya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.