Selesaikan krisis MB Kedah di DUN

Selesaikan krisis MB Kedah di DUN

Konflik yang berlaku di Kedah itu secara tidak langsung telah menjejaskan pentadbiran dan rakyat negeri berkenaan.

hadi,mukhriz

KUALA LUMPUR:
PAS menggesa agar krisis Menteri Besar di Kedah diselesaikan dengan kadar segera melalui amalan demokrasi.

Ekoran itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu berkenaan harus diselesaikan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menerusi suara rakyat.

“Maka, PAS menggesa agar masalah kepimpinan utama Kedah ini diselesaikan dengan segera mengikut amalan demokrasi.

” Selain ia dilakukan menerusi suara rakyat melalui Dewan Undangan Negeri untuk ditentukan,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jelas Abdul Hadi, konflik yang berlaku di Kedah itu secara tidak langsung telah menjejaskan rakyat negeri berkenaan.

“Konflik kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah yang secara berlarutan pada waktu ini menjejaskan pengurusan kerajaan dan rakyat,” jelasnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.