Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata demikian ekoran beliau dan Husam telah mengenali satu sama lain sejak sekian lama.
“Saya pernah jadi setiausaha dia (Husam) sewaktu dia menjadi Ketua Pemuda PAS. Kemudian dia dilantik sebagai EXCO.
“Biasalah orang politik. Saya nampak dia hendak mencari perhatian,” ujarnya kepada pemberita sewaktu ditemui di Ibu Pejabat PAS.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kota Bharu itu menyatakan secara terbuka tidak berkecil hati dengan kenyataan keras Adun Salor itu.
“Takde, biasalah. Saya juga tidak rasa dia tikam dari belakang,” katanya ringkas.
Pada masa sama, apabila diminta mengulas mengenai tindakan disipin yang harus diambil terhadap Husam, Takiyuddin menyatakan ia terserah kepada PAS Kelantan.
“Yang itu serahkan kepada Kelantan. Biar Kelantan yang selesaikan urusan dia (Husam),” jelasnya.
Sebelum ini, Husam Musa menggesa agar kedua pimpinan kanan PAS itu meletakkan jawatan kerana gagal membawa dan membentangkan usul pindaan Akta 355 berkenaan hudud di Parlimen.
