
Pada pembentangan Pengubahsuaian Bajet 2016 baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesyorkan agar caruman pekerja dalam simpanan KWSP dikurangkan kepada 8%.
Langkah pengurangan 3% itu dipercayai diambil sebagai sebahagian daripada usaha membantu ekonomi Malaysia dan memberi manfaat kepada seluruh pekerja di negara ini.
“Majikan harus mengesahkan semua maklumat dalam borang itu diisi lengkap sebelum menghantarnya ke pejabat KWSP yang terdekat,” petik kata kenyataan KWSP dalam laman webnya.
Dalam satu lagi laporan berita pula KWSP dijangka mengisytiharkan dividen yang ‘baik’ untuk tahun ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Datuk Mohamad Nasir Ab Latif yang enggap mendedahkan angka sebenar dividen itu menyatakan pengumuman akan dibuat selepas Tahun Baru Cina.
KWSP mengumumkan dividen 6.75% bagi tahun 2014, lebih tinggi berbanding 6.35% yang diumumkan pada 2013.