Cabaran TMJ berdebat disahut FAM – Hamidin

Cabaran TMJ berdebat disahut FAM – Hamidin

Apa-apa kebaikan bola sepak terpulang kepada pihak yang ingin berdebat.

FAM-TMJ
PETALING JAYA: Cabaran Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu berdebat mengenai isu bola sepak negara disahut oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin.

Menurut Hamidin, langkah itu diambil sekiranya ia merupakan cara terbaik atau menepati citarasa peminat sukan itu pada masa sekarang.

“Cabaran berdebat terbuka di di tv (televisyen) itu mungkin harapan dan pandangan Tunku. Saya pun ada pandangan sendiri dan kami fokus dengan apa yang kami buat (dengan Football Malaysia Limited Liability Partnership – FMLLP dalam menguruskan Liga Malaysia). Dalam dunia ini pun (kita) tidak boleh puaskan hati semua pihak 100%).

“(Namun) apa-apa untuk kebaikan bola sepak terpulang kepada pihak yang ingin (berdebat) dan kami (sedia) beri ruang kepada siapa yang berminat kakalu itu cara terbaik (memandangkan) pendekatan peminat sekarang yang berbeza, tidak seperti 20,30 tahun lalu,” katanya lapor Utusan Online.

Dalam pada itu, Hamidin turut mempertahankan tujuan penubuhan FMLLP yang berkaitan pentadbiran dan kewujudan Liga Malaysia biarpun mengakui terdapat sedikit kelemahan pada peringkat awal perjalanannya yang masih perlu ditambah baik pada masa akan datang.

Hamidin berkata demikian mengulas cabaran berdebat oleh Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail semalam dalam laman sosial Johor Southern Tigers terhadap mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya berhubung polisi, projek dan korupsi yang didakwanya berlaku dalam bola sepak negara.

Tunku Mahkota Johor itu juga mendedahkan beliau tidak menyokong FMLLP yang dianggapnya boneka FAM malah, mengingatkan beberapa pegawai kanan FAM bahawa mereka sentiasa berada dalam pemerhatiannya dan mengambil perhatian tentang apa yang diperkatakannya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.