Beliau yang menyambut baik perkembangan itu berkata, masih terlalu awal untuk pihaknya mengumumkan secara rasmi mengenai bilangan individu terlibat.
“Memang ada ahli AMANAH yang datang balik kepada kita. Selama ini pun ada sebahagian kawan-kawan kita yang sertai AMANAH kerana keliru dengan isu yang berlaku dan tidak dapat penjelasan yang patut.
“Bila dah tenang mereka mungkin dah dapat maklumat tepat dan lihat kebenarannya.
“Ini suatu perkembangan yang baik. Ia akan perkukuhkan kerajaan Kelantan dan parti sendiri,” katanya lapor Sinar Harian Online.
Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa terdapat ahli AMANAH yang mahu kembali kepada PAS.
Bagaimanapun mengulas lanjut, Mohd Amar memberi bayangan, mereka yang bakal kembali menyertai PAS itu adalah daripada ahli AMANAH Kelantan.
Mohd Amar berkata, gerak kerja sebagai pembangkang perlu bersatu walaupun secara tidak langsung dan tidak sepatutnya pembangkang menyerang antara satu sama lain.
