“Bila saya cakap Muhyiddin rekrut saya?” – Kit Siang

“Bila saya cakap Muhyiddin rekrut saya?” – Kit Siang

Isu Muhyiddin 'direkrut' timbul akibat tentera siber yang lemah penguasaan bahasa Inggeris tidak faham akan ucapan bahasa Inggeris Kit Siang baru-baru ini.

Muhyiddin

PETALING JAYA:
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan pernah menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘rekrut terbaharu’ beliau.

Kit Siang dalam kenyataannya hari ini, mendakwa perkara itu timbul apabila ucapan bahasa Inggeris beliau dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina di Muar, Johor baru-baru ini disalah tafsir dan kemudian diterbitkan oleh tentera siber yang cenderung kepada UMNO.

Katanya, salah tafsir terhadap ucapan beliau itu berkemungkinan besar berlaku disebabkan pemahaman bahasa Inggeris terlalu lemah dalam kalangan tentera siber yang cenderung kepada UMNO.

“Saya tidak pernah cakap bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri adalah rekrut saya. Hanya orang yang bodoh dan tidak faham bahasa Inggeris akan berbuat demikian.

“Kempen ‘Selamatkan Malaysia’ bukan inisiatif saya seorang sahaja, tetapi tanggungjawab semua rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dalam kenyataan menerusi akaun Facebook beliau berkata, beliau bukannya rekrut terbaharu Kit Siang dalam perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.

Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau bersuara atas kesedaran sendiri mengenai nasib yang menimpa rakyat dan negara ini.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.