MyKMU persoal pendirian Mahathir terhadap Anwar

MyKMU persoal pendirian Mahathir terhadap Anwar

Penulis itu juga mengimbas kejadian sejak 1998 apabila berjuta orang berpecah, bermasam muka, bergaduh, mandi air gatal, telan gas pemedih mata, putus kawan, putus saudara dan sebagainya kerana persoalan Anwar bermoral atau tidak.

myKMU

PETALING JAYA:
Pendirian sebenar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini dilabel sebagai seorang yang tidak bermoral dipersoal.

Blog pro-UMNO, myKMU bertanya demikian apabila pihak yang pernah menyifatkan Mahathir itu zalim, Mahathir itu diktator terus melupakannya hanya dalam tempoh kurang satu jam, semata-mata kerana beliau melawan Datuk Seri Najib Razak.

“Gamaknya sibuk sangat nak menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahathir terlupa dia ada tulis memoir yang berlawanan dengan apa yang dia cuba sampai hari ini menerusi kerjasama bersama pembangkang dalam kunun kununnya Deklarasi Rakyat.

“Jadi sementara Mahathir kata Najib ini tak beretika dan bermoral kerana terima derma dari Arab Saudi, yang Anwar tu bermoral ke tidak?

“‘Bagi jelas yang ini sebab 18 tahun punya cerita ni, kalau tipu, 18 tahun punya tipu, kalau betul, 18 tahun punya betul,” tulisnya.

Penulis itu juga mengimbas kejadian sejak 1998 apabila berjuta orang berpecah, bermasam muka, bergaduh, mandi air gatal, telan gas pemedih mata, putus kawan, putus saudara dan sebagainya kerana persoalan Anwar bermoral atau tidak.

“Yang dakwa kena sepak di kepala dek FRU kerana sertai protes reformasi, yang kena tahan dalam ISA, itu satu hal lagi, apa senang-senang saja semua ini nak dilupakan hanya kerana Mahathir berubah pendirian hari ini?” tambahnya lagi.

Persoalan sama turut ditujukan kepada ditanyakan pemimpin pembangkang yang terlibat dengan Mahathir dalan Deklarasi Rakyat, seperti Mat Sabu, Lim Kit Siang termasuk Anwar sendiri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.