Linda Onn tawar pekerjaan kepada gelandangan

Linda Onn tawar pekerjaan kepada gelandangan

Pelawaan itu turut dibuka kepada gelandangan dan mereka yang tidak mempunyai pekerjaaan serta penganggur.

PETALING JAYA:
Penyampai radio Suria FM, Linda Onn mempelawa golongan gelandangan dan mereka yang hidup dalam kesusahan memohon pekerjaan di rangkaian restoran miliknya.

Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, berkata, selain daripada dua golongan itu, mereka yang tidak mempunyai pekerjaan sedang menganggur turut dipelawa untuk memohon.

“Linda mengalu-alukan sesiapa yg tidak mempunyai pekerjaan dan sedang menganggur untuk bekerja di restoran-restoran milik Linda di sekitar Ampang, Selangor.

“Dan kepada sesiapa yang kenal atau tahu gelandangan (homeless) yang tak ada kerja dan hidup dalam kesusahan kerana tak ada gaji, sila beritahu tentang perkara ini. Ucapan terima kasih didahulukan,” katanya menerusi status di Facebook.

Jelasnya, mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung kekosongan jawatan itu boleh menghubungi talian 012-3483165 atau 017-8898003.

Linda merupakan pemilik rangkaian restoran My Mom’s Chicken Rice dan My Asam Pedas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.