Mahathir menangis mengenang Soeharto

Mahathir menangis mengenang Soeharto

"Saya rapat, bukan sahaja (sebagai) pemimpin negara, tetapi sahabat."

mahathir_Soeharto_600_3

PETALING JAYA:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitiskan air mata ketika mengenangkan bekas Presiden Indonesia, Allahyarham Jeneral Soeharto.

Dalam rancangan bual bicara ‘Satu Jam Lebih Dekat’ di stesen televisyen Indonesia, TV ONE, Dr Mahathir diminta menceritakan hubungannya bersama pemimpin republik itu.

“Saya rapat, bukan sahaja (sebagai) pemimpin negara, tetapi sahabat,” katanya sambil menahan sebak.

Bagi Dr Mahathir, Soeharto ibarat seorang abang dan menjadi tempat beliau berbincang dan mendapatkan pandangan.

“Hubungan yang personal, saya anggap dia sebagai abang. Saya boleh berbincang dengannya secara terus-terang, dapat tahu pandangan masing-masing, dan apa tindakan yang perlu kami ambil,” katanya lagi.

Soeharto adalah pemimpin paling lama mengemudi Indonesia iaitu selama 31 tahun, bermula pada tahun 1967 sehingga tahun 1998 selepas meletakkan jawatan ketika Reformasi.

“Kita semua akan pergi akhirnya. Walau berapa tinggi (kedudukan), ke situ juga. Itu masa dia, suatu hari masa saya pula,” katanya lagi.

https://www.facebook.com/kcdmalaysia/videos/1046160475471621/

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.