Ini kerana beliau merupakan perdana menteri yang dipilih berdasarkan sistem negara berdemokrasi.
Demikian kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kadamaian Jeremy Malajad ketika ditemui pada pelancaran Kadamaian Nature Challenge di Kota Belud hari ini.
“Saya ingat memang jelas kita pertahankan kepimpinan Najib sebab kita yang memang pilih beliau berdasarkan suara majoriti (melalui PRU).
“Rakyat juga tidak perlu terpengaruh dengan tindakan Dr Mahathir serta pembangkang dan seharusnya menunggu peluang untuk memilih pemimpin pada PRU akan datang.
“Tun Dr Mahathir cuba memberi satu persepsi kurang baik kepada rakyat bahawa kerajaan sekarang ini seolah-olah tidak membawa sesuatu yang rakyat harapkan.
“Tetapi di sini (Kadamaian) kita terus yakin perdana menteri berupaya membawa kita ke mercu kejayaan berdasarkan apa yang kita nikmati sekarang ini,” katanya mengulas ‘Deklarasi Mahathir’ yang digerakkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri, lapor Bernama.
Dalam pada itu, Ketua Parti Bersatu Sabah Bahagian Kadamaian Demis Rumanti pula berkata Najib dan kabinet menterinya masih berupaya menjalankan tugas mereka dengan berjaya dan cemerlang.
“Setakat ini di kawasan Kota Belud dan Kadamaian, saya tidak melihat apa-apa sumbangan pihak pembangkang terhadap pembangunan kawasan ini,” katanya Beliau yang menunggu PRU untuk menentukan kerajaan akan datang.
