‘Road tour’ Muhyiddin, Mukhriz akan gagal – MIC

‘Road tour’ Muhyiddin, Mukhriz akan gagal – MIC

Rakyat menolak Muhyiddin dan Mukhriz kerana kedua-duanya melakukan kesilapan bekerjasama dengan pembangkang

Subramaniam_muhyiddin_mukhriz_600

PUTRAJAYA:
‘Road tour’ Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan tidak akan mendapat sokongan rakyat.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, rakyat menolak Muhyiddin dan Mukhriz kerana melakukan kesilapan bekerjasama dengan pembangkang.

“Keluar dan bekerjasama dengan pembangkang itu adalah satu perkara yang tidak akan mendapat mana-mana sokongan dari parti dan parti mereka sendiri.

“Pada keseluruhannya, usaha itu tidak mendapat sambutan yang baik dalam kalangan rakyat. Sekaligus, ia tidak akan memberi kesan kepada politik dalam negara kita,” katanya dalam sidang media di Hotel Pullman, Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin dan Muhkriz mengadakan siri jelajah ke beberapa bahagian di negeri Johor bagi menerangkan kepada rakyat sebab mereka perlu menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

MIC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh kedua bekas pemimpin tertinggi UMNO itu.

“Pihak MIC kita mengutuk apa yang dibuat oleh mereka, kerana pandangan kita adalah apa-apa isu berkaitan dengan parti khususnya mereka sebagai pemimpim yang begitu lama dalam parti haruslah disuarakan dalam parti,” kata beliau lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.