Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, KDN memberitahu daripada jumlah itu, 12,917 lesen dikeluarkan bagi pistol, revolver (1,789), rifle (2,243), shortgun (63,145) pumpgun (7,731) dan lain-lain senjata seperti pistol pelepas, senapang pelali, stungun, speargun dan penembak paku (1,946).
Menurutnya lagi , bagi membanteras penyeludupan senjata api, polis telah mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada melalui Op Cantas Khas, lapor Bernama.
Ini termasuk menerusi Akta Pencegahan Jenayah 1959, Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
Demikian kata KDN sebagai menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) mengenai jumlah lesen senjata api yang diluluskan kerajaan mengikut kategori dan langkah kerajaan bagi mencegah penyeludupan masuk senjata api dari luar negara.
Menurut KDN, pasukan keselamatan sentiasa mengetatkan kawalan di semua pintu masuk sah negara serta laluan tidak sah di sempadan negara.
“Selain itu, kawalan ketat juga dilaksanakan agensi penguat kuasa di kawasan perairan negara dan mengadakan jaringan kerjasama pertukaran maklumat perisikan dengan negara jiran,” kata KDN lagi.
