Harga minyak naik 10 sen malam ini

Harga minyak naik 10 sen malam ini

Berkuatkuasa 1 April esok, harga runcit petrol naik 0.10 sen seliter RON97 dan RON95 bermula 12 tengah malam ini.

petrol_up_600_1

PETALING JAYA:
Harga minyak petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 10 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini.

Menurut sumber-sumber, harga baru RON95 ialah RM1.70 seliter manakala RON97 naik kepada RM2.05 seliter.

Bagi diesel, ia akan menyaksikan peningkatan sebanyak 20 sen menjadi RM1.55, lapor Oriental Daily.

Peningkatan itu selaras dengan pemulihan harga minyak mentah dunia selepas ia mencecah paras terendah pada bulan Februari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.