Nilai Ringgit naik, Najib masih Perdana Menteri- myKMU

Nilai Ringgit naik, Najib masih Perdana Menteri- myKMU

"Si fulan-si fulan yang mendakwa Ringgit Malaysia jatuh kerana Najib adalah tidak benar dan langsung tidak boleh dipakai. Dalam erti kata lain, kenyataan mereka selayaknya ‘dibakul sampahkan’ saja."

najib_mykmu_ringgit_600

PETALING JAYA:
Blog pro-UMNO, myKMU mempersoal pihak yang sebelum ini mengambil kesempatan mengaitkan nilai ringgit Malaysia tidak dapat dikukuhkan semula selagi Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Blog itu dalam muatnaik terbarunya menegaskan nilai ringgit dilaporkan pada paras RM3.87 berbanding Dolar Amerika Syarikat dan trend nilai Ringgit kian mengukuh dari hari ke hari.

“Namun apa yang mencetus kehairanan penulis, ketika Ringgit memperlihatkan trend mengukuh ke paras yang lebih tinggi, Najib masih lagi merupakan Perdana Menteri Malaysia yang sah. Beliau masih lagi mengetuai Kerajaan Persekutuan dan masih bekerja keras memacu ekonomi negara,” petik kata tulisan itu.

Terdahulu ketika nilai ringgit mencecah pada RM4.40 untuk AS$1 Dolar, penulis blog itu berkata ramai yang mencemuh, memaki hamun dan marah-marah perdana menteri dengan membuat spekulasi bahawa nilai Ringgit akan terus merudum jatuh hingga ke paras paling rendah dalam sejarah negara selagi Najib berkuasa.

“Penulis masih ingat, si fulan-si fulan itu yang mengambil kesempatan yang mengeruhkan keadaan kononnya nilai Ringgit akan terus jatuh selagi Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kononnya, Ringgit jatuh disebabkan Najib…,” katanya.

Walaupun cuba bertindak ‘selamat’ dengan mengatakan pengukuhan nilai Ringgit itu berpunca dari Allah SWT penulis tidak menafikan kerja keras Perdana Menteri sebagai sebahagian faktor-faktor yang mengukuhkan nilai mata wang negara.

Penulis itu sekali gus menyatakan kenyataan pihak yang membuat dakwaan tersebut layak di’bakulsampahkan’ sahaja.

“Si fulan-si fulan yang mendakwa Ringgit Malaysia jatuh kerana Najib adalah tidak benar dan langsung tidak boleh dipakai. Dalam erti kata lain, kenyataan mereka selayaknya ‘dibakul sampahkan’ saja.

“Amat malang sekali jika mereka yang terpaksa ‘dibakul sampahkan’ itu adalah individu yang kononnya bertaraf ‘negarawan ulung’ yang serba betul, bukan? Sama ada pahit atau tidak, hakikat itu perlu ditelan oleh penyokong mereka. Tapi, mahukah mereka menelan kebenaran? Atau mahu terus menelang pembohongan demi pembohongan yang terbit dari mulut tua itu?” soalnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.