Peniaga Melayu Shah Alam berang Azmin Ali tidak tunai janji

Peniaga Melayu Shah Alam berang Azmin Ali tidak tunai janji

Dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat juga, pihak penguatkuasa tidak pernah melakukan sebarang serbuan secara besar-besaran di pusat-pusat maksiat atau perjudian.

azmin

PETALING JAYA:
Salah seorang peniaga di Shah Alam mempertikaikan sikap kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali yang menurutnya menindas golongan peniaga.

Ia ekoran tindakan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerbu lokasi perniagaan mereka di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Individu yang menggelarkan dirinya sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu Selangor menyatakan pihaknya sebelum ini telah memohon untuk mendapatkan tapak perniagaan secara sah dari kerajaan negeri. Namun gagal kerana tidak mendapat sebarang respon.

“Sebelum ini saya ada mohon dengan persatuan saya untuk mendapatkan tapak niaga di sini secara sah tetapi tidak mendapat kelulusan, notis atau apa-apa. Jadi, penguatkuasa terus serbu tapak perniagaan kami,” katanya menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Muzhaffar Shahz

Menurutnya lagi, sewaktu pilihan raya umum lalu, pelbagai janji yang telah ditabur kepada mereka, namun setelah berjaya merampas Selangor dari pentadbiran Barisan Nasional, janji hanya tinggal janji.

“Semasa Azmin Ali, PKR hendak memerintah Selangor, macam-macam janji pada Melayu, tetapi hari ini apa yang kami dapat,” keluhnya.

Bahkan, beliau mendakwa di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat juga, pihak penguatkuasa tidak pernah melakukan sebarang serbuan secara besar-besaran di pusat-pusat maksiat atau perjudian.

Sebaliknya, bagi mereka yang berniaga di lokasi berkenaan, telah diserbu sebanyak tiga kali pada sepanjang tahun ini.

Video: https://www.facebook.com/muzhaffar.shahz

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.