Penulis pro-UMNO itu disekat daripada meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebaik tiba pada jam 12.15 tengah hari daripada ibu negara.
“Tanya kenapa tak dibenarkan masuk? Saya bukan pemimpin politik, bukan wakil rakyat, bukan penyeludup, bukan pengedar dadah.
“Jawapan diberi atas alasan saya adalah ‘Pakar Propaganda’,” katanya menerusi status di Facebook miliknya.
Sebelum ini beberapa watak kontroversi dihalang memasuki Sarawak seperti penceramah Dr Ridhuan Tee Abdullah, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Yunos.
Minggu lalu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menjelaskan sekatan ini bagi melindungi negerinya daripada unsur-unsur yang tidak baik.
