Maybank Kim Eng bukan sasaran siasatan Singapura

Maybank Kim Eng bukan sasaran siasatan Singapura

Sayap bank pelaburan Maybank itu turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa Singapura

maybank-kim-en

SINGAPURA:
Firma broker saham Maybank Singapura, Maybank Kim Eng Securities hari ini menyangkal bahawa ia menjadi sasaran siasatan oleh pihak berkuasa Singapura.

Kenyataan itu sebagai mengulas laporan hari ini berhubung tindakan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) dan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) menyiasat beberapa firma pembrokeran saham yang dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan.

Menurut laporan itu, MAS dan CAD membuat serbuan ke atas sekurang-kurangnya empat firma jual beli saham, termasuk DBS Vickers, Maybank Kim Eng, OCBC Securities serta Philip Securities.

“Berdasarkan maklumat yang diberikan kepada kami, Maybank Kim Eng Securities bukanlah menjadi sasaran siasatan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan yang turut diperolehi Bernama di sini.

Sayap bank pelaburan Maybank itu turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa Singapura jika diperlukan bagi membantu siasatan.

-BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.