Ahli politik jangan cakap merapu – Johari

Ahli politik jangan cakap merapu – Johari

Walaupun tidak ada wartawan, tetapi dengan adanya kemudahan apa yang diperkatakan itu mudah keluar di laman sosial.

johari

KUALA LUMPUR :
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, ahli-ahli politik kini tidak boleh merapu dalam percakapan kerana dibimbangi akan menjadi bahan lawak oleh masyarakat.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, walaupun tidak ada wartawan di sesebuah majlis tetapi dengan adanya kemudahan smartphone dan internet, apa yang diperkatakan itu mudah keluar di laman sosial seperti Youtube.

“Kalau ada benda-benda isu yang viral lebih dari tiga hari, memang habislah karekter tu. Kalau dia boleh bertahan dalam masa tiga hari dia ok. Lebih tiga hari mati, pengsan.

“Dalam internet punya era ini, kita tak ada peluang untuk pertahankan diri kita. Sebab apa? Kadang-kadang kita cakap dalam setengah jam, tetapi mereka mengambil yang dua minit sahaja.

“Dua minit itu, bila kita ambil kemudian kita viralkan, yang diberi contoh tanpa melihat keseluruhan 30 minit tadi, habis orang buat pendapat sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia di Kampong Baru, di sini hari ini.

Menurut Johari lagi, apabila ahli politik membuat penjelasan berhubung perkara yang diviralkan itu, orang ramai tidak berminat kerana apa yang diperjelaskan adalah panjang.

“Inilah sebenarya banyak yang bagus dalam internet ini, dalam masa yang sama kita juga kena mengubah cara kita berdepan dengan teknologi-teknologi yang ada di hadapan kita,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.