‘Pertembungan’ tiga calon di pasar pagi

‘Pertembungan’ tiga calon di pasar pagi

Jofri Jaraiee (PAS) menemui pengundi di Tamu Pujut Corner, manakala Datuk Hii King Chiong (BN) dan Ting Tiong Choon (DAP) pula bertembung di Pasar Besar Krokop 10.

tiga-calon

MIRI:
Isu pemilikan tanah, kekurangan kemudahan asas dan wakil rakyat tidak menjalankan tugas antara masalah yang disuarakan penduduk setempat kepada calon-calon di kerusi Pujut.

“Sebelum menang janji macam-macam, tapi selepas itu apa pun tak buat. Tidak kisah parti mana pun, yang penting tolong rakyat.

“Di Lambir, wakil rakyat janji mahu beri tangki (air). Nak mati pun tangki tak sampai-sampai,” demikian luahan seorang penduduk kepada calon PAS di kerusi Pujut, Jofri Jaraiee ketika beliau turun padang menemui pengundi di Tamu Pujut Corner, pagi tadi.

Ketika mengedarkan risalah manifesto PAS kepada peniaga dan pengunjung pelbagai kaum, sebahagian penduduk tempatan ternyata masih tidak mengenali Jofri, sebaliknya mereka hanya kenal simbol ‘bulan’ PAS.

Sementara itu, calon BN, Datuk Hii King Chiong dan calon DAP, Ting Tiong Choon bertembung di Pasar Besar Krokop 10, tidak jauh dari Tamu Pujut Corner.

King Chiong ditemani isterinya, Datin Ting Hua Eng manakala Tiong Choon pula datang bersama calon DAP untuk kerusi Senadin, Dr Bob Baru Langub dan calon Piasau, Alan Ling.

Ketika bertembung di medan selera, kedua-dua pihak sempat berbual-bual dan bergambar bersama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.