
Pengurus Komunikasi Korporat KTMB, Siti Badariah Wan Hanafi yang dipetik Sin Chew Daily mengesahkan kejadian itu berlaku dua minggu lalu.
“Pengawal keselamatan yang kencing dalam gerabak kereta api itu adalah seorang lelaki berbangsa India dan dia bukan kakitangan KTMB,” katanya kepada akhbar berbahasa Cina itu semalam.
Siti Badariah berkata, gambar itu dirakamkan seorang penumpang yang kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada petugas ETS.
Gambar itu kini tersebar luas di laman media sosial.
Dalam rakaman video itu, seorang lelaki berbaju seragam pengawal keselamatan tanpa segan membuka seluar dan membuang air kecil di belakang tempat duduk dalam gerabak tren.
Namun laluan perjalanan tren yang dinaiki lelaki itu tidak dapat dipastikan.
Sehubungan itu, KTMB meminta penumpang menegur individu yang berkelakuan tidak senonoh atau melaporkannya kepada polis bantuan atau pusat kawalan di stesen.