
“Melalui muktamar ini kita boleh rangka perancangan untuk menghadapi pilihan raya kerana pergolakan politik hari ini cenderung kepada perkara yang tidak diduga,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-56 semalam.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan itu mengingatkan DAP supaya sedar akan kemenangan mereka dengan mendapat undi Melayu dalam pilihan raya sebelum ini adalah hasil daripada ‘persahabatan’ dengan PAS.
Mohd Amar berkata, walaupun pada masa sama PAS dikatakan menumpang undi bangsa Cina, namun beliau tetap yakin tanpa PAS ‘mati hidup balik’ pun DAP takkan dapat undi Melayu.
“Logiknya mereka menyatakan kalau PAS berpecah daripada Pakatan, tiada DAP bersama mereka…kita tidak dapat sokongan orang Cina dan pergi ke Putrajaya. Tetapi mereka lupa bukan itu sahaja cara yang kita dapat undi bukan Melayu.
“Di Kelantan ini mana ada Cina undi DAP. Mereka hanya undi PAS atau Barisan Nasional sebab DAP tidak bertanding di sini,” katanya
Sementara itu, Mohd Amar turut menekankan pentingnya mematuhi disiplin dan patuh kepada pemimpin dalam parti selagi pemimpin itu tidak melanggar syariat.
– BERNAMA