Pakatan Harapan pertaruh saintis di PRK Kuala Kangsar

Pakatan Harapan pertaruh saintis di PRK Kuala Kangsar

Presiden AMANAH Mohamad Sabu umum calon Pakatan Harapan untuk PRK Kuala Kangsar, malam tadi.

Ahmad-Termizi_amanah

KUALA KANGSAR:
AMANAH menamakan bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon Pakatan Harapan bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Pengumuman Termizi yang juga merupakan naib ketua AMANAH kawasan Kuala Kangsar itu dibuat presiden itu, Mohamad Sabu di Kota Lama Kanan, Jalan Sayong, di sini malam tadi.

Termizi, berasal dar Kampung Suak Perai, Manong di sini, mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam Fizik Perubatan dari University Swansea, Wales.

Beliau yang merupakan seorang saintis, juga adalah ahli Jawatankuasa Biro Politik AMANAH Perak.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Ahli Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pada 5 Mei lalu dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

BN menamakan balu allahyarham, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calonnya, manakala PAS meletakkan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Sementara itu, penolong setiausaha Pemuda UMNO cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas.

– BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.