DAP pasang billboard perkauman kerana geram dengan Jamal

DAP pasang billboard perkauman kerana geram dengan Jamal

DAP yang mengaku memasang papan iklan kempen berbaur perkauman di PRK Sungai Besar itu bagaimanapun tidak akan memohon maaf kepada BN.

khalid-samad

SEKINCHAN:
DAP mengakui papan iklan berbentuk provokasi yang dilakukan di pekan Sekinchan semalam dilakukan parti itu.

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata DAP bagaimanapun tidak akan memohon maaf kepada BN atau individu yang dikaitkan dengan iklan tersebut.

“Semalam saya keluarkan kenyataan, saya kata saya tak tahu (siapa pasang), memang saya tak tahu.

“Bila DAP mengaku menaikkan papan iklan itu, saya jumpa Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua pagi tadi dan bincang.

“Kita setuju ia tidak akan dinaikkan lagi kerana dianggap sebagai provokasi, kita nak berkempen secara positif,” katanya kepada pemberita di Pejabat DAP Sekinchan, hari ini.

Khalid berkata tindakan DAP menaikkan papan iklan itu sebagai tanda ‘lepas geram’ masyarakat Tionghua terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos yang didakwa pernah mengeluarkan kenyataan berunsur rasis sebelum ini.

“Tony jelaskan bagaimana orang Cina terpendam perasaan mereka terhadap Jamal yang masih tidak menarik balik kata-katanya yang melampau dan menghiris perasaan kaum Cina, selain dia tidak dikenakan tindakan.

“Mereka juga kecewa apabila sudah mengundi PAS sebelum ini tetapi sekarang mereka hendak berbaik dengan UMNO,” katanya.

Malaysiakini melaporkan, Tony yang juga pengerusi DAP Selangor mengakui parti itu yang meletakkan papan iklan kempen berkenaan.

“Ia dibuat oleh kami. (Kami meletakkannya) petang ini (semalam), ” katanya selepas beberapa jam ia diturunkan semalam.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mempertahankan tindakan mereka, khususnya bagi papan iklan yang mendakwa Jamal dikatakan ada menggunakan kata-kata tertentu kepada orang Cina.

“Kami hanya menonjolkan fakta bahawa apa yang dia (Jamal) sebagai ketua Umno Sungai Besar katakan mengenai orang Cina.

“Kami mahu mengetengahkan isu ini. Tetapi SPR memutuskan ia melanggar peraturan pilihan raya selepas menerima aduan dan papan iklan sudah diturunkan,” kata Tony.

BACA JUGA: Billboard muka Jamal boleh buat orang marah – KJ

Kita tak cukup duit buat billboard sendiri – AMANAH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.