Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyifatkan papan iklan fitnah yang dinaikkan di Sungai Besar itu merupakan propaganda orang yang ‘bacul’.
“Papan iklan tersebut telah menuduh PAS sedang berusaha untuk bergabung dengan UMNO, malah turut bersekongkol dengan Skandal 1MDB yang membabitkan dana sebanyak RM 4.2 billion.
“Dengan tegasnya, PAS menyatakan bahawa fitnah ini sangat kotor, dilakukan oleh golongan yang sangat terdesak untuk meraih undi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Malaysiakini melaporkan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mengaku bertanggungjawab keatas papan-papan iklan itu.
“PAS mencabar pihak yang terlibat untuk membuat tuduhan secara terbuka terhadap PAS, bagi membolehkan PAS mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
“Di samping itu, PAS juga meminta pihak yang berwajib termasuk PDRM dan SPR melakukan siasatan terhadap insiden ini,” katanya.
Idris mengulangi penyertaan PAS dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah untuk menentang kegagalan UMNO menguruskan dana dan harta negara, termasuk skandal 1MDB.
“Semenjak isu ini timbul, PAS secara konsisten mendesak supaya dilakukan siasatan terhadap isu ini, malah Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS telah mendesak diwujudkan Suruhanjaya DiRaja untuk siasatan tersebut,” katanya.
