Sebaliknya, di Kelantan dan Terengganu yang ditadbir PAS tidak pernah menghadapi masalah, katanya.
“Kita buktikan pemerintahan di Kelantan dan Terengganu. Sepanjang kita urus tadbir, tiada pemimpin yang terlibat rasuah dengan banglo dan tanah. Ini kejayaan bahawa kita betul-betul bersih.
“DAP perintah Pulau Pinang dah berlaku macam-macam. Ia memberi isyarat untuk PRU akan datang. Kita dah berapa penggal perintah Kelantan, tapi tidak ada apa yang berlaku,” katanya ketika berucap di Restoran Kuala Kurau, yang dihadiri kira-kira 200 orang pengundi Sungai Besar, semalam.
Ahli Parlimen Marang itu berkata itu sebabnya PAS perlu dipilih bagi memberi isyarat kepada kerajaan persekutuan untuk PRU akan datang.
“Yang mampu membuat perubahan adalah PAS bukan AMANAH dan DAP,” katanya.
Hadi turut menyatakan antara punca kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak ialah beberapa pemimpin dalam kalangan gabungan tiga parti itu memakan dedak.
“Kejatuhan Perak di bawah Pakatan Rakyat bukan sebab wakil PAS tetapi wakil rakan-rakan kita yang makan dedak.
“Kita beri jaminan wakil kita akan akur pada tanggungjawab. Perkara yang betul kita sokong walau siapa kerajaan. Salah kita lawan,” katanya.
