Ia memetik jurucakap Malaysia sebagai berkata sekretariat ASEAN menarik balik kenyataan itu bagi tujuan “pemindaan segera”.
Sebelum itu, menteri luar ASEAN yang menyertai Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar ASEAN-China di Kunming, China menyatakan pandangan serius mereka tentang pergolakan baru-baru ini dan yang masih berlaku yang menghakis keyakinan dan kepercayaan, meningkatkan ketegangan dan mungkin berpotensi menggugat keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau berkenaan.
“Kami menekankan kepentingan mengekalkan keamanan, keselamatan, kestabilan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di dan lintas udara Laut China Selatan,” kata mereka.
Mereka juga mempertimbangakan cadangan bagi Kod Pertembungan Tidak Terancang di Laut (CUES) bagi kapal-kapal tentera laut di Laut China Selatan.
China baru-baru ini mengundang kemarahan beberapa negara anggota Asean selepas ia melipatgandakan aktiviti ketenteraan dan penambakan laut di suatu kawasan di Laut China Selatan yang turut dituntut Filipina, Taiwan, Brunei, Malaysia dan Vietnam.
