Di sidang media hari ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata halangan itu barangkali menampakkan sikap sebenar Rafizi.
“Dia (Rafizi) boleh tuduh orang tapi orang tu tak boleh bela diri, nak dengar pun tak boleh. Mungkin dia (pegawai isteri PM) ada maklumat nak jawab balik (tuduhan) sebab Rafizi kuat menipu,” kata Nazri mengulas kejadian siang tadi.
Pegawai terbabit, Rizal hari ini mengeluh petugas pembangkang menghalangnya daripada mendengar sidang media Rafizi di Kuala Kangsar.
Rizal ditemui pemberita di ibu pejabat Amanah di Kuala Kangsar untuk menjawab dakwaan Rafizi berkenaan isu penggunaan pesawat peribadi oleh Rosmah Mansor.
Nazri menyimpulkan demokrasi yang diuar-uarkan oleh pemimpin PKR itu nampaknya tidak selari dengan tindakan.
“Demokrasi dia bermaksud dia saja boleh bercakap, buat segalanya, tapi orang lain disekat.
Nazri mendakwa dirinya dan anaknya sebelum ini juga pernah menjadi mangsa fitnah Rafizi.
“Dia trumpet satu dunia tapi tidak ada kes. Jelas dia penipu besar di Malaysia waktu ini,” katanya.
