Laman web AirAsia tukar nama klia2 kepada LCCT2

Laman web AirAsia tukar nama klia2 kepada LCCT2

Aireen juga menegaskan AirAsia sedia menampung kos penjenamaan semula kila2 kepada LCCT2, namun musykil MAHB akan bersetuju kepadanya.

aireen-lcct

SEPANG:
AirAsia dijangka menukar nama klia2 kepada LCCT2 (Terminal Penerbangan Tambang Murah 2) di laman web dan bahan-bahan promosinya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata ia adalah sebahagian daripada kempen untuk menggalakkan penggunaan jenama klia2 kepada LCCT2.

Minggu lepas, CEO AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan pelancaran kempen tersebut.

Mengulas lanjut, Aireen berkata, tidak dinafikan bahawa klia2 itu sendiri sememangnya terminal tambang murah dan AirAsia menyumbang 98% daripada penerbangan di klia2.

Malah katanya, penumpang juga mengiktiraf klia2 sebagai terminal tambang murah.

Kempen penukaran nama itu akan dilakukan dalam masa terdekat dan mungkin akan digunakan ‘selama-lamanya’, jelas Aireen yang menyatakan sebarang maklumat lanjut akan dikongsi tidak lama lagi.

Penukaran nama itu juga akan menjadi tekanan kepada MAHB supaya menghentikan penafiannya tentang kewujudan AirAsia dan syarikat penerbangan tambang murah serta sumbangannya terhadap pertumbuhan industri penerbangan.

“Kami berusaha keras untuk bekerjasama dengan MAHB dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan dan ia seolah-olah tidak berhasil.

“Ia amat sukar untuk mengatur mesyuarat dengan mereka (MAHB), maka sukarlah bagi kami menyelesaikan sesuatu isu.”

Apabila ditanya sama ada pertukaran nama akan menyebabkan kekeliruan dalam kalangan penumpang dan pemandu teksi, Aireen berkata, tidak mungkin.

Aireen juga menegaskan AirAsia sedia menampung kos penjenamaan semula kila2 kepada LCCT2, namun musykil MAHB akan bersetuju kepadanya.

Berikutan pengumuman Tony Fernandes pada minggu lalu, MAHB menegaskan klia2 bukan terminal penerbangan tambang murah dan klia2 adalah nama berdaftar di bawah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa.

Katanya, penjenamaan semula akan hanya mengelirukan dan menimbulkan salah tafsir dalam kalangan orang ramai dan penumpang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.