Bung Moktar seharian ditemubual SPRM

Bung-Moktar_sprm_600

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan ditemubual Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini dalam siasatan keatas pelaburan Felcra Berhad.

Datuk Bung Moktar Radin adalah pengerusi syarikat milik kerajaan itu, yang diwujudkan daripada badan berkanun Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Siasatan dipercayai berkenaan beberapa pelaburan unit amanah oleh Felcra dan kemungkinan adanya sogokan yang berkaitan, lapor Malaysiakini.

“Ahli Parlimen dipanggil untuk disoal dan bukan ditahan,” lapor Malaysiakini memetik sumber yang tidak dinamakan.

Bung tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 9.40 pagi. Beliau menggayakan jeket warna gelap, kemeja putih dan seluar jeans biru. Beliau tidak bercakap kepada pemberita, sekadar beri isyarat bagus sebelum melangkah masuk.

Pegawai SPRM yang berada di ruang legar secara santai berkata prosiding mungkin mengambil masa yang lama.

Isteri kedua Bung, iaitu bekas pelakon Zizie Ezette, turut ditemubual SPRM bulan lepas.