
Beliau berkata, Tugu Lang dibina di Langkawi semata-mata untuk menarik perhatian pelancong kerana Malaysia memerlukan industri pelancongan bagi memacu pembangunan negara.
“Replika itu hanya untuk menarik pelancong, saya tidak rasa bina tugu helang di sana ada sebarang masalah,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah ‘MyHero’ 2.0 di Jalan Ampang, semalam.
Cadangan merobohkan Tugu Lang timbul apabila Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim dalam satu artikel di Berita Harian pada 2 September lalu berkata, replika itu haram kerana menyerupai haiwan hidup dan wajib dirobohkan.
Kelmarin, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga sependapat pembinaan Tugu Lang adalah haram, selepas timbalannya, Zamri Hashim mempersoalkan kewajaran mengekalkan replika helang yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi.
Mercu tanda setinggi 12 meter itu siap dibina pada 1996 dengan kos RM1.3 juta.
Pautan:
Replika helang: Bincang dulu sebelum cadang roboh, kata Rais Yatim