Syarikat Jepun tingkatkan eksport beras ke Malaysia

Syarikat Jepun tingkatkan eksport beras ke Malaysia

Syarikat itu sebelum ini terkenal dengan produk keluaran plastik.

export-beras
PETALING JAYA:
Sebuah syarikat Jepun meningkatkan jumlah eksport beras ke Malaysia daripada 60 tan sebelum ini kepada lebih 100 tan.

Ia merupakan sebahagian daripada perancangan syarikat itu, Iris Ohyama, memperluas eksport beras kepada AS$147 juta (RM597 juta) pada tahun ini, iaitu peningkatan 50% daripada 2015, menurut Asian Nikkei Review.

Syarikat itu juga akan memulakan jualan percubaan di Switzerland, Jerman dan Taiwan dengan menghantar beberapa ratus kilogram menilai keperluan pengguna di sana.

Iris Ohyama membantu mengembangkan industri padi di wilayah bersuhu rendah, Tohoku di timur laut Jepun dan menjualnya dalam beg telap oksigen dengan niat untuk menyokong petani mangsa gempa bumi dan tsunami 2011.

Menggunakan beg tersebut, kualiti beras terus dikekalkan walaupun selepas penyimpanan berpanjangan. Kelebihan ini digunakan syarikat itu untuk mengeksport beras.

Sebagai usaha meningkatkan keyakinan terhadap kualiti produk, syarikat itu juga diiktiraf dengan pensijilan FSSC 22000 bagi pengurusan keselamatan makanan di kilang beras itu.

Beras adalah perniagaan makanan terbesar bagi syarikat itu, yang terkenal dengan keluaran produk plastik dan aksesori haiwan peliharaan, tetapi kini merancang mengembangkan perniagaan beras sebagai sumber pendapatan baharu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.