Bomba selamatkan 12 pendaki terkandas di Gunung Santubong

Bomba selamatkan 12 pendaki terkandas di Gunung Santubong

Seorang wanita dalam kumpulan itu cedera dan terpaksa dibawa turun menggunakan pengusung

bomba
KUCHING:
Seramai 12 pendaki terkandas ketika menuruni Gunung Santubong dengan salah seorang daripada mereka dipercayai terjatuh dan mengalami kecederaan di kaki kanan, semalam.

Bagaimanapun, kesemua pendaki iaitu 10 lelaki dan 2 wanita dalam kumpulan itu berjaya dibawa turun oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Petrajaya pada pukul 10.23 malam.

Menurut jurucakap jabatan itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.48 petang sebelum 8 anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“Pasukan penyelamat tiba pada pukul 7.26 petang di level 8, Gunung Santubong dan mendapati kumpulan pendaki itu dan seorang wanita dalam kumpulan itu cedera dan tidak boleh berjalan,” katanya.

Menurutnya, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pengusung untuk membawa turun wanita tersebut dan anggota kumpulan pendaki itu selamat dibawa ke kaki gunung.

Katanya mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk dibawa ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan lanjut.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.