PKR Sarawak terima autonomi penuh urus isu negeri

PKR Sarawak terima autonomi penuh urus isu negeri

Mansor memberitahu kepimpinan negeri yang mereka sesekali digugat pemimpin negara mengenai isu-isu tempatan.

mansor-othmanpp_6001
KUCHING:
Kepimpinan tertinggi PKR memberikan pemimpin-pemimpin parti Sarawak ikrar dengan keyakinan penuh, dan keputusan mereka mengenai isu-isu tempatan tidak akan digugat oleh pemimpin negara.

Ahli Majlis Tertinggi PKR Mansor Othman memberita pemberita di Kuching yang kepimpinan parti itu tidak pernah “menggugat” keputusan yang dibuat kepimpinan negeri berhubung isu-isu tempatan.

“Sarawak mempunyai landskap dan sejarah yang berbeza. Kami tidak akan meremehkan apa yang pemimpin Sarawak katakan,” kata Mansor kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PKR negeri hari ini.

Turut hadir ialah Ketua PKR negeri Baru Bian, Naib Pengerusi negeri See Chee How dan Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo. Hampir 2 dozen pemimpin negeri lain juga menghadirinya.

“Kami sudah memikirkan apa yang diputuskan di sini. Sabah dan Sarawak sangat istimewa kepada kami. Malah berhubung politik negara, mereka memberikan perspektif yang berbeza,” kata Mansor.

Mansor berkata parti itu kini memberi perhatian khusus kepada kedua-dua negeri di Malaysia Timur selepas pembelotan Ketua PKR Sabah dan Adun Klias Lajim Ukin serta Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking minggu lepas .

“Selepas apa yang berlaku di Sabah, kami juga memberi perhatian kepada Sarawak. Kami sedang mempertimbangkan semua perspektif. Kami memberi sokongan kepada Sarawak. Dan jika ada apa-apa yang datang, kami berhubung terus dengan pemimpin-pemimpin Sarawak,” kata Mansor yang juga merupakan bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

“Kami tidak akan merendahkan apa pemimpin Sarawak katakan dan kita pasti memberi perhatian apa yang diputuskan di sini. Kami sentiasa berhubung, dari segi hubungan dengan pemimpin Sarawak,” tambah beliau.

Baru Bian berkata senarai calon PKR bagi pilihan raya umum akan datang bakal dimuktamadkan pada akhir Oktober.

PKR akan bertanding di kerusi yang sama seperti pada 2013 (daripada 14 kerusi Parlimen yang ditandingi, parti itu hanya menang di Miri.)

Beliau juga memberitahu tidak menjangkakan sebarang pertempuran kerusi dengan DAP seperti yang berlaku dalam pilihan raya negeri pada Mei lalu, apabila DAP dan PKR bertempur di 6 kerusi, menyebabkan kerugian dalam semua kerusi yang ditandingi, termasuk kerusi DUN yang bhaaru diwujudkan iaitu Batu Kitang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.